Lawak : April Fool = MAHARAJA LAWAK

BEKAS JUARA DAN FINALIS RAJA LAWAK ASTRO MUSIM SATU HINGGA LIMA BERENTAP DALAM MAHARAJA LAWAK

Pencarian juara terhebat di antara yang terbaik dalam pertandingan lawak komedi paling berprestij di Astro Warna April ini!


SSS rasa bertitik tolak daripada kejayaan program Raja Lawak, kini sebuah program realiti pencarian bakat untuk mencari hero lawak jenaka dan lawak lain di kalangan rakyat Malaysia, mempersembahkan Maharaja Lawak!!. Program terunggul di kalangan pelawok2 yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.


Akan dikemudikan oleh AC Mizal sbb Johan dan Zizan akan menjadi salah sorang peserta ML selama 10 minggu bersiaran.

Konsep dan format yang seakan2 sama program ini akan menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim 1 hingga 5 untuk ditabalkan sebagai juara Maharaja Lawak.

Bezanya, nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% daripada undian penonton. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Warna.

Mari kita lihat pelawok2 yg hebat ini.. Terdiri daripada Kumpulan YUS & TAUKE dan Kumpulan JOHAN & ZIZAN daripada Raja Lawak Astro (RLA) Musim Pertama; NABIL dan Kumpulan XN3 (RLA Musim Kedua); Kumpulan SEPAH, JIHAN dan AMIR (RLA Musim Ketiga); Kumpulan KECIK & IDLAN dan ALEX (RLA Musim Keempat) MAN, BALAS dan R2 (RLA Musim Lima).

KECHIK & IDHLAN
SEPAH 

JIHAN

YUS & TAUKE

NABIL

R2

AMIR

MAN

ALEX

JOHAN & ZIZAN

 BALAS

XN3

No comments:

Post a Comment